KENALI PENYAKIT HEPATITIS B
Simptom penyakit termasuk keradangan hati, muntah, demam kuning, dan jarang, kematian. Hepatitis B kronik mampu mengakibatkan cirrhosis hati yang mungkin membawa kepada barah hati, penyakit membawa maut yang sukar dirawat melalui kemotherapi masa kini.
Hepatitis B merujuk kepada keradangan hati dan disebabkan oleh virus Hepatitis B (HBV). Penyakit ini digelar "hepatitis serum" dan merupakan wabak semasa disebahagian Asia dan Afrika. Peratusan penduduk dunia masa kini yang dijangkiti virus ini adalah 3 hingga 6%.
-Hepatitis B merupakan sejenis penyakit kelamin. Virus hepatitis B (HBV) boleh menyebabkan keradangan hati yang teruk dan sangat mudah berjangkit. Kuman tersebut berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar.
Tags:
Info kesihatan