Kebaikan Mandi Lulur Scrub Pengantin Untuk Kecantikan Kulit


Mandi Lulur Scrub badan sebagai antara persediaan bakal raja sehari sebelum ke jinjang pelamin mempunyai pelbagai kebaikan dan maafaat bagi kedua mempelai.

Apakah yang dimaksudkan dengan Mandi Lulur Scrub? 

Ianya adalah merupakan antara proses rawatan tradisional yang telah digunapakai untuk mencantikkan kulit badan dan muka seseorang dengan menggunakan pelbagai jenis herba, rempah ratus, beras, kopi, pewangi, bunga, kunyit dan buah-buahan.


Perbezaan di antara lulur dan skrub ialah butirannya lebih halus berbanding skrub dan ianya juga membantu melicinkan kulit, menanggalkan sel kulit mati dan daki degil di celah pelipat tubuh.

Rawatan lulur ini biasanya dilakukan oleh bakal pengantin sebelum tibanya hari saat diijabkabul.



Mandi Lulur skrub dan kebaikannya pada kulit badan 

Anda digalakkan supaya kerap melulur badan sebagai rutin penjagaan kulit agar kulit kekal cantik dan sihat bermaya dengan menggunakan samaada produk yang ada di pasaran atau dengan cara membuat lulur scrub badan muka sendiri homemade di rumah diy.

Melancarkan perjalanan darah 
Menaikkan seri wajah 
Menanggalkan sel kulit mati 
Untuk Putih kan kulit
Mengimbangi pengeluaran sebum/minyak 
Memudarkan parut nipis 
Mengurangkan rasa letih dan lesu 
Mengurangkan masalah jerawat badan 
Terapi membelai tubuh 
Memelihara keanjalan kulit 
Mengurangkan bau badan 
Mengurangkan masalah selulit 
Meratakan warna kulit 
Menanggalkan daki degil di celah pelipat tubuh 
Menghaluskan tekstur kulit 
Menggebukan kulit





0 comments :

Post a Comment

Social Icons

google pluslinkedinrss feedemail