3 Kebaikan Merawat Kulit Dengan Lemon.
Lemon merupakan ekstrak yang selalu digunakan untuk produk pemutihan. Ia secara semula jadi digunakan sebagai ‘peluntur’ sejak turun temurun. Lemon juga mengandungi asid sitrik yang membantu membunuh bakteria berbahaya.
Berikut adalah 3 kelebihan merawat kulit dengan lemon:-
1. Menghilangkan Kehitaman di Ketiak dan Siku:
-Sekiranya anda mempunyai masalah ketiak dan siku yang gelap, potong lemon dan gosokkan pada kawasan yang gelap. Lakukan secara konsisten untuk melihat hasilnya.
2. Rawatan Kulit Muka Berjerawat:
-Lemon mengandungi asid sitrik yang mampu merawat jerawat dan kandungan alkalinya mampu membunuh bakteria yang menjadi punca kepada jerawat. Selain daripada meminum jus lemon setiap pagi, anda boleh sapukan jus lemon sebenar pada kulit yang berjerawat dan biarkan semalaman.
-Untuk masker, anda boleh mencampurkan jus lemon dengan madu dan lumurkan pada kulit muka. Rawatan kulit muka dengan menggunakan lemon mampu mengekalkan seri pada wajah.
3. Menurunkan Berat Badan:
-Jus lemon membantu penghadaman dan merangsang hati untuk menyingkir kekotoran di dalam sistem badan anda. Sekaligus dapat membantu anda mengurangkan berat badan. Pengamalan meminum segelas jus lemon suam yang dicampurkan dengan madu setiap hari mampu membantu menurunkan berat badan anda.
Tags:
Info