KENALI 3 PUNCA UTAMA KENCING TAK LAWAS.
1. Tahan kencing
Sesiapapun sering melakukan hal ini, ini kerana apabila mereka leka melakukan sesuatu pekerjaan atau pun ketika sudah tidur pada waktu malam. Mereka malas bangun dan menyebabkan mereka terpaksa menahan air kencing.
2. Kurang minum air
Kurang minum air putih juga menyebabkan seseorang mengalami penyakit kencing tak lawas. Hal ini kerana kurangnya air dalam badan.
3. Kebersihan alat sulit
Pastikan membersih dengan sempurna alat sulit selepas membuang air kencing mahupun membuang air besar. Elakkan mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Kaum wanita terutamanya, alat sulit kita lebih sensitive, perlu dielakkan memegang dengan tangan yang kotor. Penggunaan pencuci alat sulit yang sesuai juga boleh membantu.