ARTIKEL SAKIT JANTUNG

Jantung merupakan salah satu organ terpenting dalam tubuh badan. Jantung berfungsi mengepam dan mengalirkan darah yang mengandung oksigen ke seluruh tubuh.


Penyakit jantung yang juga dikenali sebagai penyakit jantung iskemik dan merupakan salah satu penyebab kematian tertinggi di negara Indonesia. Anggaran 35% kematian di Indonesia disebabkan oleh penyakit jantung. Menurut Pakar Jantung Dunia, angka kematian akibat penyakit jantung di Asia Tenggara mencapai 1.8 juta pada tahun 2014.

Seseorang boleh mengalami penyakit jantung sekiranya aliran darah ke jantungnya disekat oleh lemak. Pengumpulan lemak dalam arteri jantung ini dikenali dengan istilah aterosklerosis dan merupakan penyebab utama penyakit jantung.

Selain dapat mengurangkan perjalanan darah ke jantung, aterosklerosis juga menyebabkan terbentuknya penggumpalan darah. Jika ini terjadi, aliran darah ke jantung akan tersekat sepenuhnya dan serangan jantung pun terjadi. Faktor utama aterosklerosis adalah seperti kolesterol yang tinggi, merokok, diabetes, serta tekanan darah tinggi.

Jenis-jenis dan Gejala Penyakit Jantung:
1.Penyakit jantung terbahagi kepada dua jenis yang dikategorikan berdasarkan tahap penghambatan aliran darah, iaitu angina (angin duduk) dan serangan jantung. Penyakit ini boleh terjadi secara tiba-tiba mahupun secara berperingkat.

Jenis Pemeriksaan Penyakit Jantung Koroner:
Pada kajian awal, doktor biasanya akan menanyakan tentang tanda-tanda, sejarah kesihatan keluarga, serta pola hidup anda. Jika mencurigai anda menghidap penyakit jantung, dokter akan mencadangkan anda untuk menjalani beberapa pemeriksaan untuk mengesahkan tanda berikut. Contohnya dengan ujukaji darah.

Langkah Pengubatan Untuk Penyakit Jantung:
Anda disyorkan untuk mengubah pola hidup seperti menjaga cara makan, rutin berolahraga, pengambilan ubat secara teratur dan sesuai dengan arahan dokter, serta berhenti merokok. Penyakit jantung sukar disembuhkan, tapi boleh dicegah agar tidak teruk. Dokter akan mencadangkan rawatan pembedahan untuk menangani penyakit ini jika diperlukan. Tujuan dalam pengubatan penyakit jantung adalah untuk mengendalikan gejala dan menurunkan risiko munculnya serangan kesihatan seperti serangan jantung.

Pencegahan Penyakit Jantung:
Terdapat beberapa langkah pencegahan awal untuk menghindari penyakit jantung, iaitu:

-Berhenti merokok.
-Menerapkan pola hidup sehat seperti mengurangkan pengambilan makanan berkolesterol tinggi.
-Menjaga berat badan yang ideal.
-Mengurangkan pengambilan minuman keras.

Post a Comment

Previous Post Next Post