7 TANDA-TANDA ANDA MENGALAMI PENYAKIT DEMAM DENGGI

7 Tanda-tanda seseorang mengalami penyakit demam denggi adalah seperti berikut:
- cirit birit 
- demam dan gatal-gatal 
- sakit bahagian belakang biji mata 
- sakit kepala yang teruk
- sakit otot dan sendi yang teruk 
- sakit perut 
- sakit pinggang yg teruk ( demam tulang pecah )


Denggi pada bayi dan kanak2 yang masih kecil selalunya bermula dengan simptoms2 penyakit virus seperti:

- demam
- hidung berair 
- batuk
- ruam kulit yg ringan


Kanak2 yang lebih besar selalunya mengalami simptom tipikal sama seperti yang dialami oleh orang dewasa iaitu: 

- demam panas
- sakit di bahagian belakang
- sakit mata dan sakit pada sendi
- sakit kepala
- ruam kulit bertompok merah dan putih.


Penyakit diikuti dengan: 

- kurang selera makan
-loya
-muntah
-gatal ditapak kaki
-rasa sgt lemah semasa menghidapi penyakit dan juga lemah selepas sembuh.


Tanda pada kulit yg klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok2 kulit warna yang normal - (island of white in a sea of red ) 



Kemungkinan terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut , mual muntah atau cirit birit.

Pesakit juga boleh mendapat radang hati ,radang otak,( lebih pd kanak2) dan juga dalam kes luar bahasa radang otot jantung ( cardiomyopathy ).Demam denggi klasik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam ( dikenali sbg pola biphasic )


Secara klinikal bilangan sel darah pembeku ( platelet ) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah kedalam tisu. Perantara atau ruang ketiga ( throid space loss peritoneum dan sebagainya) kerana kapilari darah menjadi rapuh ( capillary fragility ).



Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko pendarahan kes DHF juga menunjukkan demam tinggi ,fenomena pendarahan , trombositoperia - ( thrombocytoperia ) dan haemocom centration. 



Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi ( dengue shock syndrome ) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yg tinggi.

Post a Comment

Previous Post Next Post