3 Kebaikan Yoghurt Kepada Kecantikan.



3 Kebaikan Yoghurt Untuk Kecantikan Kulit:


Yoghurt merupakan makanan yang sihat dan lazat, yoghurt mengandungi multi-vitamin penting yang baik untuk kesihatan badan. Kandungan asid laktik dan zinc dalam yoghurt sangat bermanfaat bagi kesihatan dan kecantikan kulit. Berikut adalah kebaikan yoghurt kepada kecantikan kulit.
1. Anti-penuaan:
-Yoghurt berkesan melawan radikal bebas dan mampu memperlambatkan munculnya kedutan dan garis-garis halus di wajah, kerana adanya kandungan asid laktik dan zat dengan sifat anti aging.
Untuk menjaga kulit agar tetap kelihatan muda dan bersinar, gunakan masker dari campuran 1 sudu makan minyak zaitun dengan 3 sudu makan yoghurt, sapukan pada wajah, biarkan selama 30 minit, lalu bersihkan dengan air bersih.

2. Mengubati Jerawat:
-Selain untuk diet, yoghurt dapat digunakan sebagai  krim wajah untuk menyembuhkan jerawat. Sifat asid yang terdapat dalam yoghurt dapat membunuh bakteria penyebab jerawat, serta kulat dan kuman dalam tubuh anda.Untuk membersihkan kulit dan mengurangi jerawat, sapukan yoghurt yang berbentuk krim pada wajah, biarkan selama 30 minit, lalu dibilas dengan air hingga bersih.

3. Sebagai Pelembab dan Pencerah Semulajadi:
-Yoghurt dapat menyegarkan kembali kulit yang tak bermaya dan kusam. Caranya, sapukan yoghurt pada kulit yang telah dibasahi air, urut perlahan hingga yoghurt meresap ke dalam kulit, biarkan selama kurang lebih 10 minit, lalu bilas dengan air hangat. Kandungan asid laktik merupakan asam hidroksi semulajadi yang dapat membantu pengelupasan, melembabkan , serta membuat kulit halus dan mulus.





Post a Comment

Previous Post Next Post