5 Punca Masalah Kencing Berdarah.


5 Punca kepada Kencing Berdarah

1. Jangkitan pada saluran kencing

Keadaan ini lebih banyak berlaku kepada golongan wanita.Walau bagaimanapun ia juga boleh berlaku kepada kaum lelaki.

Jangkitan saluran kencing ini berlaku apabila mikroorganisma seperti bakteria memasuki saluran kencing anda dan mereka akan berkembang biak di sana di mana ianya akan menyebabkan berlakunya keradangan pada saluran kencing dinamakan uretritis.

Kadang-kadang bakteria ini akan merebak ke organ-organ kencing lain seperti pundi kencing,ureter atau ia juga boleh menyebabkan jangkitan pada buah pinggang.

2. Batu dalam buah pinggang atau pundi kencing

Beberapa zat di  dalam urin anda, terutamanya bila ia berkumpul,boleh membentuk batu kristal kecil. Kadang-kadang,batu kristal ini dapat menjadi lebih besar bila berada dalam jangka masa yang lama di dalam buah pinggang atau pundi kencing.

Batu yang terbentuk pada struktur saluran kencing yang lebih kecil boleh menyebabkan rasa sakit dan hematuria.


3. Kanser

Dalam beberapa kes,adanya darah di dalam air kencing mungkin menjadi tanda bahawa terdapatnya sel kanser di dalam salah satu organ perkencingan anda.

Namun,sebaiknya berjumpalah dengan doktor kerana merekalah yang akan menentukan adakah hematuria anda disebabkan oleh kanser atau tidak.

4. Ubat-ubatan

Sesetengah ubat boleh menyebabkan berlakunya hematuria terjadi, seperti aspirin, heparin dan antiobiotik tertentu.

5. Senaman

Kadang-kadang,hematuria juga boleh disebabkan dengan melakukan senaman yang berat.Ahli-ahli perubatan juga masih tidak mengetahui mengapa senaman boleh menyebabkan hematuria. 

Sesetengah dari mereka percaya ianya berlaku mungkin kerana berlaku kecederaan pada pundi kencing.

**Dalam beberapa kes hematuria, penyebab yang sebenarnya tidak dapat dijumpai dan dikenalpasti.

Post a Comment

Previous Post Next Post