KENALI PENYAKIT OBESITI

obesiti-gemuk
Apa itu obesiti?



Secara umumnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang.
Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius.


 Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.Siapakah yang tergolong dalam obesiti? Orang dewasa? Remaja? Kanak-kanak? Obesiti tidak mengira bangsa, jantina, mahupun umur seseorang.



 Antara-antara karakteristik masalah obesisiti pada seseorang adalah berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal, berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya, Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35, mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis), dan gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.



 Untuk memudahkan lagi seseorang itu mengetahui adakah dia terlibat atau tidak dalam masalah obesiti bolehlah membuat penilaian melalui indeks Jisim Badan(BMI).Indeks Jisim Badan atau BMI merujuk kepada kadar berat berbanding ketinggian, atau isipadu seseorang. Cara pengiraan Index Jisim Badan adalah seperti berikut:



                                 Berat (kg)



       BMI =     -------------------------------------



                      (Tinggi (m) X Tinggi (m))



• Bawah 18.5 kurang berat



• Antara 18.5 - 22.9 berat yang sihat



• 23 hingga 27.4 agak lebih berat



• 27.5 dan keatas gemuk / obes



Walau bagaimanapun, formula ini tidak boleh digunakan jika anda:



• berusia kurang dari 18 tahun atau lebih 64 tahun



• mengandung atau menyusukan anak



• seorang ahli sukan yang aktif



 Pada tahun 2009, Malaysia mempunyai peratusan rakyat dengan berat berlebihan dan masalah obesiti tertinggi berbanding negara-negara lain di Asia.Berikutan itu, Malaysia mungkin menghadapi isu kesihatan yang besar jika rakyat tidak mengambil langkah untuk mengamalkan cara hidup sihat.Terdapat 38 peratus suri rumah di Malaysia diklasifikasikan sebagai mempunyai berat berlebihan atau obes pada skala antarabangsa Indeks Berat Badan (BMI) dua kali purata negara-negara Asia lain. 



0 comments :

Post a Comment

Social Icons

google pluslinkedinrss feedemail