Kenali Barah Payudara Pembunuh Senyap Wanita

Apa itu barah payudara?

Barah merupakan kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar kawasan asalnya. Pada keseluruhan serta sifat sedia asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.
Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya akan menghasilkan lebihan tisu. Lebihan tisu ini dikenali sebagai ketumbuhan. Ketumbuhan terbahagikan kepada dua jenis iaitu benign (tumor bukan barah) dan malignan (tumor jenis barah).
Benign merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan nyawa penghidapnya. Hampir 80 peratus daripada para penghidap ketumbuhan payudara adalah dari kalangan mereka yang mengalami ketumbuhan jenis benign.

Barah payudara adalah ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula daripada bahagian payudara. Ia berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ dan menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran. Sel-sel barah ini mampu membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekali gus memasuki saluran darah serta sistem limpa. Inilah adalah kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain dalam tubuh seseorang. Proses penjangkitan ini dikenali sebagai metastasis.

Kanser payudara dibahagikan kepada dua bentuk:
1. Invasif:
  Sel-sel kanser tersebut telah merebak ke tisu-tisu di sekeliling payudara.

2. Tidak invasif:
  Sel-sel kanser hanya tertumpu di kawasan sahaja.

Bagi payudara yang normal, sel-selnya mengalami pertumbuhan yang terkawal dan teratur. Hormon estrogen bertanggungjawab dalam pertumbuhan dan pembentukan sel-sel payudara. Ketidakseimbangan hormon memainkan peranan yang penting dalam patogenesis kanser. Namun,pelbagai punca pertumbuhan kanser dan onkogen terutamanya He-2/nev telah dikenalpasti sebagai penyebab kanser payudara yang utama.

Onkogen merupakan gen yang bertanggungjawab dalam pembentukan sel kanser. Fungsi gen ini boleh berubah dan sel-sel boleh terpesong daripada proses kawalan pertumbuhan sel yang normal. Pembentukan kanser merupakan proses yang kompleks yang melibatkan pelbagai faktor lain seperti genetik, perubahan hormon dan juga keadaan persekitaran.                                                                       

Post a Comment

Previous Post Next Post