8 TIPS MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT

8 TIPS MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT

1. Lemon
Buah lemon mengandungi asam alpha hidroksi alami (AHA) yang dapat digunakan untuk memudarkan bekas luka, meningkatkan penyembuhan dan meremajakan kulit. Caranya adalah dengan mengambil beberapa biji buah lemon. Perahkan sebanyak satu hingga dua biji. Kemudian gunakan air perahan tersebut ke tempat yang ada bekas jerawat. Biarkan selama 15 minit kemudian bilas wajah dengan air hingga bersih. Lakukan sebanyak 3x seminggu.

2. Madu
Madu merupakan bahan sebagai pelembab semulajadi untuk membersihkan jerawat dan mengurangkan bekas jerawat.Madu mengandungi sifat antibakteria dan membantu mensterilizer zat-zat yang ada di kulit serta mengurangkan peradangan. Agar lebih efektif, sebaiknya menggunakan madu asli, bukan madu buatan. Cara pakai cukup mudah, anda perlu mengoleskan madu terus ke kawasan bekas jerawat.

3. Minyak Zaitun
Minyak zaitun sudah dikenali sejak zaman dahulu. Selain digunakan sebagai bahan untuk memasak, ternyata minyak zaitun juga sangat baik untuk kesihatan kulit.Cara memakainya ialah dengan mengoleskan minyak tersebut ke bekas jerawat pada malam hari sebelum tidur dan pagi hari.

4. Tomato
Tomata kaya dengan Vitamin A dan Lycopene, yang membantu meremajakan kulit. Vitamin A membantu penyembuhan luka pada kulit dan membantu pertumbuhan yang cepat dari sel-sel kulit yang baru, sehingga akan mengurangkan bekas jerawat yang ada.Sediakan tomato segar dan hiris nipis. Letakkan hirisan tomato tersebut pada area berjerawat, biarkan selama 15-20 minit lalu bilas dengan air bersih.Boleh juga dibuat pasta dari tomato sebagai masker wajah. Blender sebiji buah tomato, setelah halus, ratakan keseluruh wajah, tunggu selama 20-30 minit lalu bilas dengan air bersih.

5. Lidah Buaya
Lidah buaya adalah jenis sumber vitamin potensial yang dapat membantu menyembuhkan bekas jerawat dan luka. Gelnya yang lembut, tidak merosakkan kulit. Lidah buaya berfungsi sebagai pelembab asli, yang menjadikan kulit menjadi lembut dan sihat.Cara penggunaannya cukup mudah, potong lidah buaya mengikut kesesuaian, kupas kulitnya dan perah gel yang ada didalamnya. Setelah mendapatkan cukup gel lidah buaya, ratakan ke kawasan bekas jerawat dengan melakukan urutan lembut. Biarkan selama kurang lebih 30 minit, lalu bilas dengan air bersih.

6. Mentimun
Mentimun adalah bahan semulajadi yang bagus untuk perawatan wajah. Bukan hanya baik untuk dimakan, mentimun juga mengandungi vitamin A, vitamin C dan magnesium, yang bermanfaat baik untuk kulit anda. Cara menggunakan mentimun untuk penyembuhan bekas jerawat ialah membeli mentimun (organik), lalu potong beberapa hirisan nipis. Kemudian letakkan hirisan mentimun di kulit bekas jerawat dan luka. Setelah dibiarkan selama tiga puluh minit,buangkan hirisan mentimun tersebut dan bilas wajah dengan air bersih. Lakukan setiap hari untuk kesan terbaik.

7. Teh hijau + ais batu.
Ais batu dapat membantu memudarkan bekas jerawat, kulit yang meradang dan mengurangkan kulit kemerahan pada wajah. Cara menggunakannya pun cukup mudah. Buatlah teh hijau lalu dibungkus dengan plastik. Letakkan di dalam peti ais dan jadikan ais batu. Setelah menjadi ais, sapukankan dan letak ais tersebut di area luka/parut selama 1-2 minit hingga kulit terasa mati.Teh hijau memiliki sifat anti-inflamasi yang melengkapkan kesan pendingin ais.

8. Baking Soda.
Baking soda adalah item rumah tangga yang banyak manfaat, termasuk kemampuannya untuk membantu menyembuhkan bekas luka. Baking soda terdiri daripada kristal natrium bikarbonat yang lembut berfungsi untuk pengelupasan kulit bila digunakan sebagai scrub pembersih.Campurkan 2-3 sudu teh baking soda dengan air secukupnya. Setelah itu sapukan ke merata bekas jerawat kemudian lakukan urutan lembut secara memutar. Biarkan dahulu selama satu atau dua minit, agar baking soda bekerja membersihkan pori-pori dan menghilangkan noda pada kulit. Setelah itu bersihkan wajah dengan air suam.



0 comments :

Post a Comment

Social Icons

google pluslinkedinrss feedemail