8 MAKANAN SIHAT MERAWAT DARAH TINGGI

8 MAKANAN SIHAT MERAWAT DARAH TINGGI

Selain memakan ubat yang diberi oleh dokter,kita juga boleh mengamalkan pemakanan sayur-sayuran yang sihat untuk kesihatan. 

1. Bawang Putih
**Ambil 2 biji bawah putih yang telah dikupas kulitnya.
Cara makan :Bawang putih dikunyah sampai halus lalu ditelan dan minum air suam sebanyak 1 gelas. Lakukan 3 kali sehari.

2. Buah mengkudu
**2 biji buah mengkudu yang telah masak
Cara makan :Buah dicuci bersih kemudian diparut lalu perah dan ditapis airnya untuk diminum selama 2-3 kali sehari.

3. Pisang
**Pisang sebanyak 3-5 biji
Cara makan :Dimakan sebagai buah segar
Pisang yang memiliki khasiat sebagai  makanan penurun darah tinggi adalah musa basyoo sieb dan musa sapientum L. Buah ini digunakan untuk mengurangkan pengerasan yang terjadi pada pembuluh darah.

4. Mentimun
**Buah mentimun 2 biji
Cara makan :Buah sihat ini, dicuci sampai bersih kemudian diparut. Lalu diperah dan ditapis airnya lalu diminum, lakukan 2-3 kali sehari.

5. Daun pegaga
**Daun pegaga sebanyak 20 helai
Cara makan :Daun telah dicuci sampai bersih, kemudian masukkan kedalam periuk dan rebus dengan 3 gelas air. Setelah sejuk,bolehlah ditapis dan dibahagi menjadi 3 dan minum. Minuman tersebut boleh dicampur dengan air gula secukupnya dan dapat diminum setiap hari.


6. Daun saleri 
**Daun seleri disediakan sebanyak 16 batang
Cara makan :Daun tersebut dicuci lalu dipotong-potong kasar, masukkan kedalam periuk. Rebus dengan 2 gelas air putih sampai halus. Kemudian air dibahagi menjadi 2 dan diminum, daunnya dimakan.

7. Belimbing Manis
**Buah belimbing manis yang telah masak sebanyak 2 biji
Cara makan :Kunyah buah tersebut setelah waktu sarapan pagi dan makan tengahari.

8. Belimbing buluh
**Belimbing buluh sebanyak 3 biji
Cara makan :Buah belimbing dicuci lalu dipotong mengikut kesesuaian. Direbus dengan 3 gelas air. Setelah sejuk airnya kemudian ditapis dan boleh diminum setelah sarapan pagi.

NOTA: Penderita hipertensi yang air kencingnya mengandungi kristal oksalat tidak boleh mengamalkan resipi belimbing manis dan belimbing buluh, kerana belimbing mengandungi asam oksalat. 



0 comments :

Post a Comment

Social Icons

google pluslinkedinrss feedemail