6 KAEDAH MENGATASI KULIT BERMINYAK

6 Kaedah Mengatasi Masalah Kulit Muka Berminyak

Kulit berminyak memerlukan penjagaan yang rapi supaya dapat mengurangkan pengeluaran sebum berlebihan. Beberapa perkara yang perlu diamalkan bagi memastikan tahap pengeluaran sebum pada wajah dapat dikawal. Antaranya adalah:
1.Minum air secukupnya
Minum air putih sekurang-kurangnya 2 liter sehari supaya kulit kita sentiasa mendapat air yang cukup dan sentiasa lembap. Bakteria mudah melekat ke atas kulit yang kering dan akhirnya mengeluarkan minyak.


2.Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet

Buah-Buahan dan sayuran-sayuran membantu mengawal minyak dalam kulit kita. Anda dinasihatkan untuk menjauhi makanan ringan, makanan bergula, makanan bergoreng dan berminyak.


3.Amalkan moisturizer setiap hari

Orang yang mengalami kulit berminyak tidak boleh skip dari menggunakan moisturizer . Ia perlu dijadikan sebagai rutin harian. Pilihlah moisturizer yang OIL FREE, ALCHOHOL FREE dan WATER BASED.


4.Gunakan toner wajah bebas alkohol

Gunakan toner yang bebas minyak dan bebas alkohol. Mengamalkan toner pada setiap hari membantu membuang kotoran dan minyak pada muka anda.Pilihlah toner yang pH nya seimbang.


5.Basuh muka 2 kali sehari menggunakan Cleanser

Basuhlah muka supaya kesan-kesan peluh, bakteria dan minyak di muka agar sentiasa bersih. Untuk mendapatkan kesan pembersihan secara menyeluruh, basuh muka menggunakan cleanser 2 kali sehari. Pilihlah cleanser yang berasaskan gel atau foaming cleanser dan bebas dari minyak.


6.Amalkan supplement

Pengambilan supplement secara konsisten juga membantu memelihara kulit dari dalam. Anda boleh mengamalkan  B Complex, GLA Complex, Vitamin E dan ESP untuk masalah kulit berminyak. 


Note :: B Complex membantu mengawal minyak pada kulit dan ia juga merupakan vitamin anti stress. Bagi yang mengalami masalah hormon,

GLA Complex adalah pilihan terbaik untuk membantu menstabilkan hormon anda. 


Vitamin E pula, merupakan vitamin antioksidan yang membantu melindungi kulit dari sinaran matahari dan sinaran ultra ungu, sebagai pelembap semulajadi kepada kulit.



Protein pula boleh membantu menggantikan sel-sel kulit mati kepada sel-sel yang baru. Protein dikatakan makanan paling asas kepada kulit kita. Kulit yang cukup makanan menghasilkan kulit yang sihat dan segar.




0 comments :

Post a Comment

Social Icons

google pluslinkedinrss feedemail