5 PENAWAR PENYAKIT BUAH PINGGANG

5 PENAWAR PENYAKIT BUAH PINGGANG


1. Daun Sup

Daun sup diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang dan ia adalah semula jadi. Namun begitu, tahukah anda dengan “daun sup” anda mampu mencuci buah pinggang. Caranya ialah dengan merebus daun sup dan minum rebusan air daun sup tadi. Amalkan meminumnya segelas sehari. Perubahan akan dilihat melalui akumulasi garam dan racun lain yang keluar dari buah pinggang melalui pembuangan air kecil.


2.Asparagus
Asparagus mengandungi banyak bahan terapeutik yang aktif dipanggil asparagin.Asparagin mempunyai manfaat untuk merawat buah pinggang. Jus asparagus membantu pemecahan kristal asid oksalik di dalam buah pinggang dan ke seluruh sistem otot. Ia dapat membantu pesakit buah pinggang melancarkan sistem pencernaan, melawaskan pembuangan air kecil dan meringankan sistem ginjal. Selain itu, ia kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, natrium, kalium, vitamin A, vitamin C dan niasin. Asparagus mengandungi antioksida yang dapat menghalang serangan radikal bebas yang boleh membawa banyak penyakit.



3.Buah Ceri

Buah ceri mengandungi vitamin dan rendah protein yang dapat menguraikan kadar kalium. Tambahan pula, ceri kaya dengan antioksida kerana ia membantu mencegah dan memperbaiki kerosakan sel tubuh yang disebabkan oleh radikal bebas. Ceri sangat baik untuk meningkatkan kesihatan ginjal. Jadi, pesakit buah pinggang digalakkan untuk minum pati buah ceri kerana dapat melancarkan sistem perkumuhan dan memudahkan pembuangan air secara normal.



4.Jagung

Setiap bahagian pada jagung seperti isi, batang buah, bulu turut mempunyai kegunaan dan khasiat ubatannya yang tersendiri. Jagung kaya dengan protein, kalsium, fosforus, zat besi vitamin A, B dan E. Bagi pesakit buah pinggang, rerambut atau bulu jagung amat sesuai untuk mengubati masalah buah pinggang, pundi kencing dan pembuangan air. Cara untuk pesakit buah pinggang amalkan ialah dengan merendam sejumlah bulu jagung di dalam air mendidih. Biarkan ia direndam selama 20 minit sebelum ditapis dan diminum. Campurkan satu sudu madu dalam air sebelum diminum.



5.Daun Parsli

Pesakit buah pinggang, boleh megubati penyakit mereka dengan meminum air rebusan daun parsli. Amalkan minum satu gelas sehari dan pesakit akan mendapati perbezaan ketara kerana segala garam, racun akan keluar dari buah pinggang melalui air kencing.

Post a Comment

Previous Post Next Post