5 Info Ringkas Kanser Pankreas

1.Pankreas adalah kelenjar yang menghasilkan insulin, hormon dan jus-jus penghadam makanan. Kanser pankreas bermula daripada lapisan duktus kelenjar tersebut. Pankreas dibahagikan kepada kepala, badan dan ekor.

Kanser merebak dari kelenjar limpa ke hati, paru-paru dan peritonium. Terdapat 32000 kes setahun di Amerika Syarikat, malangnya tahap kematiannya tinggi disebabkan penyakit lewat dikesan dan pembedahan yang susah dan rumit. 




2.Faktor risiko kanser pankreas: -

-Pemakanan seperti gula dan kopi. Merokok dan penyakit kencing manis juga boleh menyebabkan kronic pankreatitis. 


-Bilangan penyakit kanser lelaki tinggi dibandingkan dengan wanita (2:1). Purata umur ialah 65 tahun. Bangsa Africa Amerika menghidap penyakit ini lebih tinggi dari orang Asia.



3. Ketumbuhan: 

-Kanser pankreas sentiasa dikaitkan dengan kanser perut kerana kedudukannya yang berhampiran sesama lain. Kadang-kala adalah susah memastikan dari mana kanser itu bermula. 


4. Simptom: 

- Sakit kuning ialah simptom yang paling biasa ditemui kerana tekanan ke atas duktus yang mengalirkan jus hempedu. Air kencing yang berwarna kuning pekat, kulit kuning, mata kuning, najis berwarna pucat dan gatal badan. 


- Selain dari itu pesakit akan susut berat badan, rasa muak,rasa keletihan dan sakit mencucuk dalam perut.



5. Rawatan: 

- surgeri: terpulang kepada lokasi kanser di atas pankreas, ukurannya dan tahap kanser tersebut. Kanser kepala pankreas boleh dibedah sekali gus dengan mengeluarkan sebahagian usus kecil, perut, hempedu dan limpa. Ini ialah suatu pembedahan yang besar dan rumit yang boleh dicuba jika kanser itu kecil dan belum lagi merebak. 

Post a Comment

Previous Post Next Post