No title



kebaikan-bertungku-murah-selangor

Cara-cara Bertungku Selepas Bersalin 

Proses mengecutkan rahim, menolak rahim ke atas dan mengecilkannya.
- Letak bahagian bucu batu (no.1) di atas ari ari dan tolak bahagian yang lebih kecil (no.2) ke atas. 
- Buat berulang kali di setiap sudut bawah ari2 anda dengan menolak batu dari bawah ke atas. 
- Bahagian batu yang besar (no.1) akan memanaskan rahim dan mengecutkannya. 
- Bahagian yang kecil pula (no.2) akan membantu menolak rahim dengan lembut.



kawasan yang perlu ditungku

Bahagian badan lain yang perlu di tungku 

-bahagian dada
-ulu hati
-tengkuk
-ketiak
-belakang badan
-belikat. 
-bahagian buah dada, bertungku di sekitar buah akan melancarkan pengaliran darah.


*Bertungku baik dilakukan ketika berbaring. 
*PERINGATAN : Jangan letak tungku di tengah perut. 
*Bertungku juga membantu kita mengurangkan lemak di bahagian perut. 
*Bertungku lah selama 1/2 jam pagi dan petang. 


*Tips: Selalunya kain batik digunakan untuk membalut tungku,boleh digantikan dengan kain cotton atau tuala kecik. Masa tungku masih panas, lapik perut anda dengan tuala / apa2 kain sehingga anda yakin dengan suhu yang selesa. Ini bagi mengelakkan kecederaan pada kulit anda. 
*APabila tungku makin sejuk, kurangkan lapik tungku anda,anda dapat gunakan dalam masa yang lama. 
*Lepas habis bertungku, tungku yang masih panas boleh di letakkan di bawah pinggang, bahagian belakang pinggang, punggung dan kaki. 




Post a Comment

Previous Post Next Post